Penyelidik :
Abstrak :
Kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun sudah boleh melukis lukisan figura kerana pada peringkat ini sistem mental dan motor mereka semakin matang dan berupaya meluahkan perasaan mereka menerusi lukisan yang dihasilkan (Bensur, Eliot, & Hedge, 1997; Cox, 1992; 1993; 2005; Cherney et al., 2006). Lukisan figura kanak-kanak merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menilai tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak selalu menggunakan lukisan untuk menyampaikan perasaan mereka. Menerusi garisan, warna dan simbol lukisan yang dihasilkan, perkembangan intelektual dan kemahiran emosi seseorang kanak-kanak dapat dikenal pasti (Koppitz, 1984; Yavuzer, 2000). Di Malaysia, kanak-kanak peringkat prasekolah masih kekurangan panduan untuk melukis lukisan figura. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura yang dapat memberi panduan kepada kanak-kanak prasekolah untuk melukis lukisan figura yang berimej kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Tujuan manual melukis ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran melukis kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi mereka. Tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System'. Kajian Koppitz (1968) dan Ozer (2009) yang menggunakan `Koppitz's Scoring System' untuk menilai lukisan kanak-kanak menunjukkan bahawa kematangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak dapat dikenal pasti menerusi lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Bahagian-bahagian tubuh badan yang dinilai berdasarkan lukisan figura kanak-kanak merangkumi kepala, rambut, muka, mata, telinga, hidung, mulut, leher, kaki, Langan, tubuh, bahagian atas tubuh, bahagian bawah tubuh, cantuman bahagian tubuh, pakaian, posisi figura dan garisan lukisan. Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura untuk kanak-kanak peringkat prasekolah. Lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System' untuk mengenal pasti tahap pencapaian skor lukisan figura mereka sebelum dan selepas penggunaan manual melukis. Selain itu, pengkaji juga menganalisis lukisan figura kanak-kanak sebelum dan selepas penggunaan manual melukis dengan merujuk kepada Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan artistik kanak-kanak. Menurut Lowenfeld dan Brittain (1975), transisi perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat scribbling ke representation. Kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka terutamanya dari segi intelektual dan emosi. Menurut mereka lagi, lukisan kanak┬Čkanak menyampaikan isyarat-isyarat, gerakan-gerakan dinamik dan juga gerak geri yang mempunyai elemen psikologi untuk menunjukkan kematangan intelektual dan emosi masing-masing. Kebolehan melukis kanak┬Čkanak merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni, malah amat penting dalam perkembanga intelektual dan emosi mereka.
Impak Kajian kepada Masyarakat :
Katakunci :

Komen/Cadangan ::
Tiada komen/cadangan lagi..